Alhamdulillah, saya telah mula bercuti untuk persiapan berangkat ke tanah suci. Rutin saya hari ni dah kemarin (sebenarnya semalam ... orang utara sebut kemarin :)...), hantar anak ke sekolah dan terus ke denai larian ..tempat rekreasi dan aktiviti senaman di negeri Perlis ni. Di denai ni saya kena berjalan pusing sungai dan jika saya dapat buat satu pusingan bermakna saya dah berjalan sebanyak 3 km = 3600 langkah.
dah lama saya jogging dan berjalan kaki di sini... setiap kali saya berjalan di sini saya akan cuba buat kiraan... tapi selalu memang tak abis kira sbb asyik restart balik , lupa lah , stop , sambung balik. Nak jugak kira betul ke saya dapat 3600 langkah.
Hari ni saya bawa tasbih digital yg saya baru beli untuk bawa ke tanah suci ... (tak mahal pun kawan2, dlm RM6.90 kalau tk silap). Mula2 saya cadang nak klik setiap langkah... tp tk jadi sbb terlalu laju klik nya. jadi saya pun zikir Lailahaillah. Bila saya perhatikan satu zikir saya dapat 4 langkah .dan mengikut sebutan ini pada setiap langkah ....La- Ila -Hail - Lallah .
Habis pusingan saya lihat tercata angka 980 ... saya cukupkan langkah setempat sehingga dapat 1000 Lailahaillah. Subhanallah! mudahnya kita nak dapat zikir 1000x sehari .. sebelum ni saya nak buat 100x pun saya selalu lupa dan baca tak habis.
jadi 1000 x 4 langkah = bermakna saya dah buat 4000 langkah.
jadi saya dapat banyak manfaat dalam satu : Zikir + Bakar kalori + Tahap Kecergasan naik + sangat tenang berzikir sambil berjalan menghayati alam sekitar ciptaan Allah yang indah. sangat terasa perbezaan berjalan kaki hari ini dengan hari2 yg sebelumnya. Bolehlah saudara saudari yg dikasihi semua cuba.
Masa ni juga sangat timbul perasaan sangat bersyukur dengan rezeki & nikmat sihat yg Allah kurniakan. Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment