Wednesday, October 10, 2012

denai larian dan tasbih digital

Salam. tak sabar nak kongsikan apa yg saya bicarakan dalam hati dari pagi tadi ... tapi baru teringat juga yg kemarin saya belum tulis.  takpe tentang hari ni dulu.

Alhamdulillah, saya telah mula bercuti untuk persiapan berangkat ke tanah suci. Rutin saya hari ni dah kemarin (sebenarnya semalam ... orang utara sebut kemarin :)...), hantar anak ke sekolah dan terus ke denai larian ..tempat rekreasi dan aktiviti senaman di negeri Perlis ni.  Di denai ni saya kena berjalan pusing sungai dan jika saya dapat buat satu pusingan bermakna saya dah berjalan sebanyak 3 km = 3600 langkah. 

dah lama saya jogging dan berjalan kaki di sini... setiap kali saya berjalan di sini saya akan cuba buat kiraan... tapi selalu memang tak abis kira sbb asyik restart balik , lupa lah , stop , sambung balik. Nak jugak kira betul ke saya dapat 3600 langkah.  

Hari ni saya bawa tasbih digital yg saya baru beli untuk bawa ke tanah suci ... (tak mahal pun kawan2, dlm RM6.90 kalau tk silap). Mula2 saya cadang nak klik setiap langkah... tp tk jadi sbb terlalu laju klik nya. jadi saya pun zikir Lailahaillah.  Bila saya perhatikan satu zikir saya dapat 4 langkah  .dan mengikut sebutan ini pada setiap langkah ....La- Ila -Hail - Lallah .

Habis pusingan saya lihat tercata angka 980 ... saya cukupkan langkah setempat sehingga dapat 1000 Lailahaillah. Subhanallah! mudahnya kita nak dapat zikir 1000x sehari .. sebelum ni saya nak buat 100x pun saya selalu lupa dan baca tak habis.

jadi 1000 x 4 langkah = bermakna saya dah buat 4000 langkah.

jadi saya dapat   banyak manfaat dalam satu : Zikir + Bakar kalori + Tahap Kecergasan naik + sangat tenang berzikir sambil berjalan menghayati alam sekitar ciptaan Allah yang indah.  sangat terasa perbezaan berjalan kaki hari ini dengan hari2 yg sebelumnya.  Bolehlah saudara saudari yg dikasihi semua cuba. 

Masa ni juga sangat timbul perasaan sangat bersyukur dengan rezeki & nikmat sihat yg Allah kurniakan. Wallahuaklam.


Monday, October 8, 2012

hasrat hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini hasrat saya... dah lama nak kongsikan tulisan hati disini. kita makhluk Allah memang dijadikan hati kita sentiasa berkata2 .. non stop. Saya pasti anda semua juga selalu berkata-kata dalam hati... ada tak masanya anda rasa kata2 yg bermain dalam hati tu sangat cantik susunan ayatnya, sangat tersusun isi kandungannya, sangat jelas satu persatu hasrat dan maksudnya... saya selalu begitu ... tapi untuk diluahkan dalam kata-kata... selalunya yang keluar tak sama. dah jadi lain struktur katanya.

rasa sayang kata-kata itu hilang begitu sahaja ... baik dikongsi utk manfaat bersama. Yang baik dapat dijadikan panduan dan ikutan , yg tidak baik dapat dijadikan sempadan / peringatan. Wallahualam.

Blog tulisan hati ini tidak akan menyaingi mana-mana blogger hebat tetapi sekadar perkongsian perjalanan saya sebagai hamba Allah menuju satu kehidupan yang abadi.

Apapun yang ditulis di sini sememangnya ikhlas dari hati.
Apapun yang saya tulis disini ... semoga ianya menjadi sebahagian dari sumbangan kepada saham akhirat utk saya disana kelak
Apapun yang saya tulis disini ... diharap memberi manfaat kepada pembaca yang mengunjungi
Apapun yang saya tulis disini... jika menyinggung atau menyentuh hati mana-mana pihak... saya mohon maaf terlebih dahulu.
Apapun yang saya tulis di sini, saya berharap tidak kelihatan menunjuk atau membesar diri... saya mohon keampunan Allah... saya sekadar menceritakan apa yg saya rasa, ikhlas dari hati. Saya benar2 mengharap hidayah Allah untuk membimbing setiap penulisan saya di sini.

Ia sekadar tulisan hati saya.  saya tiada idea yg lebih menarik untuk dijadikan tajuk blog yg saya nak kongsi ini... biarlah ia kekal dengan tajuk TULISAN HATI.

Saya mulakan tulisan ini di saat hati saya sedang berbunga riang, tidak tahu perasaan apa yg nak digambarkan... MasyaAllah !!  SAYA BAKAL TETAMU ALLAH pada 14 OKTOBER 2012 ini