Bismillahirrahmanirrahim..
Ini hasrat saya... dah lama nak kongsikan tulisan hati disini. kita makhluk Allah memang dijadikan hati kita sentiasa berkata2 .. non stop. Saya pasti anda semua juga selalu berkata-kata dalam hati... ada tak masanya anda rasa kata2 yg bermain dalam hati tu sangat cantik susunan ayatnya, sangat tersusun isi kandungannya, sangat jelas satu persatu hasrat dan maksudnya... saya selalu begitu ... tapi untuk diluahkan dalam kata-kata... selalunya yang keluar tak sama. dah jadi lain struktur katanya.
rasa sayang kata-kata itu hilang begitu sahaja ... baik dikongsi utk manfaat bersama. Yang baik dapat dijadikan panduan dan ikutan , yg tidak baik dapat dijadikan sempadan / peringatan. Wallahualam.
Blog tulisan hati ini tidak akan menyaingi mana-mana blogger hebat tetapi sekadar perkongsian perjalanan saya sebagai hamba Allah menuju satu kehidupan yang abadi.
Apapun yang ditulis di sini sememangnya ikhlas dari hati.
Apapun yang saya tulis disini ... semoga ianya menjadi sebahagian dari sumbangan kepada saham akhirat utk saya disana kelak
Apapun yang saya tulis disini ... diharap memberi manfaat kepada pembaca yang mengunjungi
Apapun yang saya tulis disini... jika menyinggung atau menyentuh hati mana-mana pihak... saya mohon maaf terlebih dahulu.
Apapun yang saya tulis di sini, saya berharap tidak kelihatan menunjuk atau membesar diri... saya mohon keampunan Allah... saya sekadar menceritakan apa yg saya rasa, ikhlas dari hati. Saya benar2 mengharap hidayah Allah untuk membimbing setiap penulisan saya di sini.
Ia sekadar tulisan hati saya. saya tiada idea yg lebih menarik untuk dijadikan tajuk blog yg saya nak kongsi ini... biarlah ia kekal dengan tajuk TULISAN HATI.
Saya mulakan tulisan ini di saat hati saya sedang berbunga riang, tidak tahu perasaan apa yg nak digambarkan... MasyaAllah !! SAYA BAKAL TETAMU ALLAH pada 14 OKTOBER 2012 ini
No comments:
Post a Comment